MENGENAI
FIVE BEST SKILL TRAINING CENTRE
Five Best Skill Training Centre Sdn Bhd (FBSTC) 726000-U atau lebih dikenali sebagai Five Best, ialah sebuah institusi kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kod Pusat L00701. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan merupakan institusi milik penuh bumiputera.
Bidang kursus perhotelan yang merangkumi penyediaan makanan (culinary) dan sajian makanan. Sijil kemahiran ini memberi laluan kerjaya ke peringkat yang lebih tinggi kepada pelajar yang berhasrat dalam bidang kemahiran.
Haji Azmi Bin Kassim
Penasihat
Hajah Raja Foziah Binti Raja Ariffin
Penasihat
Putri Aira Binti Azmi
Pengurus Pusat Bertauliah
Muhammad Ashraf Bin Azmi
Facilities Manager
OBJEKTIF, VISI & MISI
Objektif
Menyedia dan memberi peluang latihan kemahiran kepada pelajar lepasan PT3 / SPM / SPMV / Tahfiz dalam bidang Hospitaliti secara amnya dan Program Penyediaan dan Pembuatan Makanan secara khususnya mengikut piawaian Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia bagi memenuhi keperluan industri.
Visi
Menjadi peneraju utama dalam bidang kemahiran yang berdaya maju dengan menawarkan teknologi terkini bagi memenuhi pelbagai keperluan serta kehendak pelatih dan juga industri.
Misi
Memberi perkhidmatan berkualiti, pelbagai bidang yang berintegrasi dan mempunyai “OUTSTANDING VALUE“.